fbpx

Perak FC terus tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Penang FC, Abdul Azim Rahim (tengah) mengawal bola dari pemain Perak Fc, Muhamad Syahir Bashah (kiri) dalam perlawanan Liga Super 2021 antara Perak FC dengan Penang Fc di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Misi Perak FC mengelak tersingkir ke Liga Perdana bertambah sulit apabila tumpas 3-5 kepada Pulau Pinang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, sebentar tadi.

Dengan kekalahan ini Perak terus kekal pada tangga kedua tercorot dan hanya keajaiban mampu menyelamatkan pasukan itu.

Tindakan merehatkan ketua jurulatih, Chong Yee Yee Fatt nyata tidak berjaya mengubah nasib pasukan The Bos Gaurus itu malah pada perlawanan tadi, Pulau Pinang yang tumpas 1-3 kepada Selangor FC bangkit untuk mengutip tiga mata.

Rafael Vitor Santos muncul wira pelawat apabila menyumbang hatrik dengan dua lagi gol pasukan Pulau Mutiara itu dijaringkan Casagrande dan Abdul Azim Rahim.

Manakala Nana Poku adalah penjaring ketiga-tiga gol tuan rumah yang ketinggalan 2-4 pada separuh pertama dan dalam perlawanan tadi Perak ketinggalan 2-0 selepas hanya lapan minit perlawanan berlangsung.

Pintu gol Perak yang dikawal Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bolos selepas hanya 13 saat perlawanan berlangsung apabila Rafael Vitor Santos kemudiannya menjaring gol keduanya pada minit ke-8.

Perak bagaimana pun merapatkan jurang apabila Nana Poku merembat masuk selepas mendapat lorongan Sergio Aguero pada m-16.

Namun, Casagrande mengembalikan kelebihan pelawat apabila menanduk kencang melepasi Hafizul pada m-20 diikuiti sentuhan Rafael tujuh minit kemudian.

Nana Poku memberi sedikit harapan buat tuan rumah apabila merapatkan kedudukan melalui penalti pada m-35 untuk menjadikan kedudukan 4-2 pada babak pertama.

Babak kedua menyaksikan anak buah Sharil Nizam Khalil berusaha gigih dan berjaya merapatkan jurang melalui penalti Poku pada minit ke 53.

Namun, dalam kesibukan Perak mencari gol tambahan Abdul Azim Rahim menguburkan impian mereka bangkit pada m-88 untuk melengkap kemenangan pelawat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI