fbpx

Pemilik syarikat teksi minta rasuah RM95,000 didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang pemilik syarikat teksi berpangkat Datuk bakal dituduh di mahkamah esok atas dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu kononnya bagi membantu menyelesaikan kes rasuah yang sedang dibicarakan.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu telah meminta rasuah berjumlah RM95,000 daripada seorang individu yang kesnya sedang dibicarakan di peringkat Mahkamah Rayuan.

“Suspek meminta wang itu kononnya untuk dibayar kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai di Pejabat Peguam Negara yang menjalankan kes berkenaan.

“Daripada jumlah yang diminta itu, suspek dipercayai telah menerima RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, kemudian suspek meminta lagi RM35,000 dan menerimanya secara tunai,” katanya.

Difahamkan, suspek akan didakwa dengan beberapa pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok seterusnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis ini.

Suspek akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI