fbpx

Peladang kelapa sawit haram tidak akan diberi lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin (tengah) selepas melawat PPVIN di Olak Lempit, Banting hari ini.

KUALA LANGAT – Peladang kelapa sawit yang meneroka tanah secara haram tidak akan diberi lesen untuk menjual hasil perladangan mereka.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya hanya akan mengeluarkan lesen menjual kepada pemilik tanah kelapa sawit yang bergeran.

“Peladangan haram ini telah bermula agak lama kerana mereka menanam secara diam-diam dan mengambil tanah kerajaan seperti di bawah Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan sebagainya.

“Apabila tiba masa menuai hasil iaitu antara tiga hingga empat tahun selepas menanam, mereka memerlukan lesen untuk menjual. Masalah akan berlaku kerana kita tidak akan mengeluarkan lesen kepada ladang yang tidak bergeran,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Olak Lempit Banting hari ini. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI