fbpx

Pekerja cuci kenderaan mengaku tidak bersalah seludup migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surindaran dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor hari ini atas pertuduhan menyeludup tiga PATI, 7 Julai lalu. Foto MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang pekerja cuci kenderaan mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) awal bulan lalu.

Tertuduh, V. Surindaran, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di dihadapan Hakim Norsiah Ujang.

Surindaran didakwa melakukan perbuatan itu di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Kota Tinggi- Felda Inas Kulai, kira-kira pukul 4.10 petang, 7 Julai 2021.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan penyeludupan tiga orang migran iaitu Arzani, 33, Meri Andani, 28, dan Musayadi, 50.

Perbuatan dilakukan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Firdaus Adnan, Wafiq Hadie dan Hilmi Sulaiman.

Mahkamah juga tidak memberikan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Norsiah kemudian menetapkan tarikh sebutan pada 2 September ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI