fbpx

PDRM umum pertukaran 64 pegawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 64 pegawainya berkuat kuasa 6 September depan.

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Skandaguru Anandan dalam satu kenyataan berkata, Pesuruhjaya Polis Sabah, Komisioner Polis (CP) Datuk Hazani Ghazali akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

“Tempat beliau akan digantikan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Idris Abdullah dengan memangku pangkat CP.

“Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Datuk Dev Kumar pula akan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di jabatan yang sama dengan memangku pangkat CP dan tempat beliau akan digantikan oleh Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri.

“Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk Muhamad Zaki Harun akan bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memakai pangkat yang sama,” ujarnya hari ini.

Jelasnya, Ketua JSJ Melaka, Asisten Komisioner (ACP) Shukri Kaman pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC dan tempat beliau akan digantikan ACP Azlan Abu.

“Manakala Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainal Abdullah turut memangku pangkat SAC dan akan bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan Undang-undang, JSJ Bukit Aman dan tempatnya akan digantikan oleh ACP Noordellhan Yahaya.

“Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh pula
akan memegang jawatan sebagai Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sarawak dengan memangku pangkat SAC dan tempatnya digantikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao dengan memangku pangkat ACP,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI