PETALING JAYA – Seorang wanita menjerit ketakutan selepas jarum vaksin tercabut ketika proses suntikan dalam satu kejadian baru-baru ini.
Kejadian yang dipercayai bukan dari negara ini tersebut tular di media sosial TikTok menerusi sebuah rakaman video berdurasi sembilan saat.
Rakaman video terbabit memaparkan seorang petugas sedang melakukan suntikan sebelum picagari tersebut tercabut sehingga menyebabkan individu yang disuntik itu menjerit.
Petugas berkenaan juga dilihat seperti panik dengan keadaan tersebut sebelum mencabut dan mengelap tempat suntikan berkenaan.
Video berkenaan telah dikongsi lebih 52,000 kali dan mendapat 364,000 tanda suka serta lebih 12,000 komen. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929