fbpx

Kes di Kelantan dijangka turun menjelang Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izani (dua dari kanan) bertanyakan khabar seorang penerima vaksin Covid-19 di PPV Dewan Jubli Perak, Panji, Kota Bharu hari ini. - Foto ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Jangkitan Covid-19 di Kelantan dijangka akan menurun selepas 80 peratus rakyat di negeri ini selesai menerima dua suntikan vaksin menjelang Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, berdasarkan pemerhatian, jangkitan Covid-19 di Kelantan melonjak setiap kali musim perayaan, namun menurun selepas kadar suntikan vaksin meningkat.

“Di Kelantan, penerima vaksin tidak hanya dipanggil melalui aplikasi MySejahtera, malah kita turut melakukan Program Outreach di kawasan tertentu bagi membolehkan lebih ramai rakyat di negeri ini mendapatkan suntikan vaksin dengan segera.

“Setakat ini, kadar vaksinasi telah mencapai 30 peratus untuk suntikan pertama dan 20 peratus untuk suntikan kedua. Kita menjangkakan Kelantan akan mencapai sasaran 70 hingga 80 peratus sekali gus mencapai imuniti kelompok dalam masa lebih kurang sebulan lagi,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Islam, Dewan Jubli Perak di Panji hari ini.

Menurut Izani, bekalan vaksin mencukupi serta tidak timbul isu Kelantan lambat menerima bantuan vaksin kerana pihaknya telah mohon sejuta bekalan vaksin untuk rakyat Kelantan dan setakat ini bekalan sampai tepat pada waktunya mengikut jadual.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI