fbpx

Jakoa giat pujuk Orang Asli terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslina (kanan) ketika mengadakan lawatan untuk melihat masyarakat Orang Asli mendaftar suntikan vaksin secara manual di Pos Tohoi, Gua Musang hari ini. - FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan memastikan lebih 10,000 Orang Asli di 118 kampung di negeri ini selesai mendaftar untuk menerima suntikan vaksin sebelum hujung akhir bulan ini.

Timbalan Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Roslina Bun berkata, ketika ini, separuh daripada mereka sudah mendaftar dan penerangan jelas berkenaan vaksin kepada Orang Asli itu masih diteruskan kepada mereka yang tinggal di pedalaman.

Katanya, selain penyampaian maklumat kepentingan vaksinasi, Jakoa turut membawa ikon penghulu atau tok batin yang sudah disuntik vaksin bagi memberi keyakinan kepada komuniti itu.

“Pihak Jakoa menasihatkan orang ramai terutamanya masyarakat Orang Asli supaya menerima vaksin secara positif.

“Kita mengharapkan semua masyarakat divaksin secepat mungkin bagi melindungi diri mereka. Ini bagi mengelakkan kejadian enam kampung Orang Asli telah dijangkiti wabak Covid-19 sehingga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Julai lalu berulang,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI