fbpx

JAIS bekerjasama dengan NGOi urus jenazah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan bahawa dakwaan dan tuduhan menghalang mana-mana pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGOi) dari terlibat dalam pengurusan jenazah Covid-19 adalah tidak berasas sama sekali.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, sebaliknya JAIS telah menjalin kerjasama berterusan dengan lebih 8 NGOi dengan kekuatan lebih 130 sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan jenazah Covid-19.

Katanya, pihaknya amat menghargai sumbangan semua NGOi berkenaan yang telah mengendalikan dengan baik pengurusan 2,071 jenazah Covid-19 sejak Januari 2021.

“Namun, penglibatan NGOi tetap diselaras, dipantau dan dibantu sesuai dengan tanggungjawab JAIS sebagai agensi yang mengurus hal ehwal Islam di Negeri Selangor.

“Beberapa isu dan permasalahan berbangkit melibatkan NGOi dan kes lambakan jenazah di beberapa hospital di negeri ini, menyebabkan JAIS mengambil keputusan untuk meneliti, menilai dan menstruktur semula peranan dan penglibatan NGOi dalam mengurus Jenazah Covid-19 di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI