fbpx

Influencer Israel ketawakan Malaysia masih belum ada pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pensohor wanita yang memperlekehkan Malaysia di sukan Olimpik di media sosial Twitter baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tanda pagar Israel Koyak sohor kini di media sosial Twitter susulan tindakan seorang pesohor wanita dari negara Zionis memperlekehkan Malaysia di mata dunia kerana ketiadaan pingat di Temasya Sukan Olimpik 2020 Jepun.

Pesohor media sosial yang dikenali sebagai Emily Schrader itu turut menyatakan negara Israel kini berada ditempat ke-36 berbanding Malaysia yang berada di tempat ke-70.

Menerusi sebuah video berdurasi 13 saat itu, wanita terbabit juga mengundang kemarahan rakyat di negara ini dengan menggunakan tanda pagar #Koyaktoyoutoo dalam hantaran tersebut.

Video tersebut telah menaikkan lagi sentimen kebencian terhadap negara itu dan salah seorang pengguna media sosial Twitter, Dee, berkata, sekurang-kurangnya Malaysia merupakan sebuah negara bukan seperti Israel.

“Kak kenapa tutup komen, alah takut ke, penat begini hendak lawan tapi takut. Teruskan koyak #Israelkoyak,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, @Ibu Mariam berkata, anaknya yang berusia tujuh tahun lebih matang berbanding influencer berkenaan.

“Saya rasa ayat #Israelkoyak itu benar-benar memberi impak kepada anda, sehingga perlu membawa perkara ini ke Sukan Olimpik.

“Anda seorang yang lemah dan tidak dapat menerima hakikat. Kini, semua orang boleh lihat betapa lemahnya anda. #Koyaktoyoutoo,” jelasnya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 1,405 kali ulang ciap dan 143 tanda suka. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI