fbpx

Ibu tiri mahu lihat Ashira tambah zuriat tak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHIRA berdepan kematian ibu tirinya, Mak Norma pada pukul 6.20 petang semalam.

PETALING JAYA – Bukan sahaja bersedih atas pemergian ibu tirinya, penyanyi Ashira Aziz turut berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan arwah yang mahu dirinya menambah cahaya mata hasil pernikahan dengan Bad Indigo pada Mac lalu.

Kata pemilik nama penuh Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, ibu tirinya, Norma Ariffin yang dibahasakan sebagai Mak Norma menyuarakan permintaan tersebut sewaktu pertemuan terakhir mereka ada Ramadan.

“Terakhir kita jumpa pada bulan puasa. Mak Norma cakap, Oshin (panggilan untuk Ashira) kena ada zuriat lagi.

“Maafkan Oshin, belum ada rezeki atau mungkin takkan terjadi.

“Oshin sayang Mak Norma macam ibu sendiri. Mak Norma rehatla, jenguk-jenguklah abah dan kami selalu ye. Selamat berehat ye Mak Norma,” tulis penyanyi berusia 37 tahun itu menerusi Instagram.

Ibu tiri Ashira yang sebelum ini dirawat di Hospiral Selayang sejak 24 Julai akibat Covid-19 sebenarnya sudah dibenarkan pulang ke rumah pada pagi 2 Ogos (semalam) namun menghembuskan nafas terakhir pada hari sama, sekitar pukul 6.20 petang.

Terdahulu, ayahnya yang juga penyanyi veteran, Syed Abdul Aziz Syed Alwi turut disahkan sebagai pesakit Covid-19 disusuli Ashira yang juga menpunyai gejala tetapi mereka hanya menjalani kuarantin di rumah.

Bercerita tentang wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya, Ashira meluahkan penghargaan buat terhadap Allahyarham yang selama sentiasa menjaga bapanya dan seisi keluarga mereka dengan sepenuh kasih sayang.

Kata bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu lagi, ayahnya orang yang paling gembira apabila dimaklumkan isteri dibenarkan keluar dari wad.

“Semalam abah (panggilan untuk ayahnya) paling gembira Mak Norma boleh balik selepas beberapa hari kuarantin di hospital. Abah kemas rumah, abah ada teman semula.

“Mak Norma sampai pagi tadi. Alhamdulillah. Petang pula abah mesej, Mak Norma sakit slip disc kuat, tak boleh bangun atau duduk mahu pun bergerak, sakit.

“Abah susah hati. Allah lebih sayangkan Mak Norma. Pukul 6.20 petang Allah jemput Mak Norma balik. Allah nak Mak Norma rehat tanpa sakit lagi.

“Mak Norma, terima kasih jagakan abah selama ini, jaga makan pakai abah dan selalu ambil berat pasal kami,” luahnya lagi penuh syahdu.

Untuk rekod, Ashira yang mempunyai seorang anak menerusi perkahwinan terdahulu, kembali bergelar isteri genap empat bulan lalu selepas mendirikan rumah tangga dengan Bad Indigo.

Selain terjejas dengan masalah kewangan akibat ketiadaan pekerjaan, kehidupan Ashira kini tambah teruji apabila Bad yang menghidap kencing manis tahap kronik mungkin dan mungkin cacat kekal apabila empat jari kaki telah dipotong.

Dalam perkembangan terbaharu, Bad, 46, juga bakal menjalani rawatan susulan yang panjang apabila ibu jari kakinya bakal dibuang selain terpaksa memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI