fbpx

Enam kit ujian kendiri Covid-19 diluluskan setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sudah meluluskan enam kit ujian kendiri Covid-19 setakat hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kesemua kit berkenaan telah melepasi ujian prestasi dan memenuhi keperluan ditetapkan sebelum diberikan kelulusan bersyarat serta telah dibekalkan ke farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan untuk dibeli orang ramai.

“Sebanyak 14 kit ujian lagi sedang menjalani ujian prestasi oleh makmal-makmal terpilih ketika ini dan 35 lagi kit ujian akan melalui proses serupa selepas penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal Kit Ujian Covid-19.

“Apabila proses penilaian ini selesai kelak, pengguna akan dapat lebih banyak pilihan kit ujian untuk mereka menjalankan ujian kendiri masing-masing,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI