fbpx

Ebit Lew sumbang dua kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dua buah kontena yang disumbangkan Ebit Lew di media sosial Facebook di sini hari ini.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini menyumbangkan dua buah kontena untuk diserahkan ke Hospital Kepala Batas dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani di sini.

Ebit Lew menerusi media sosial Facebook menyatakan kesyukuran dapat membeli dua buah kontena sejuk beku simpanan mayat untuk kegunaan dua buah hospital berkenaan.

“Syukur sangat rasa kami dapat beli dua buah kontena sejuk beku simpanan mayat dan terus serahkan ke Hospital Kepala Batas dan Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani. Kami pasang sekali rak simpan jenazah, terus pasang dan digunakan.

“Masa sampai tadi jadi sebak, bila dengar cerita doktor dan pegawai hospital. Cara mereka berterima kasih buat saya jadi sebak sangat, hari Sabtu kami berbual, hari ini Selasa dah sampai katanya.

“Banyak lagi hospital memerlukan kontena ini. Doakan ya,” katanya di sini hari ini.

Tambah Ebit, pihaknya turut mendoakan agar semua petugas hadapan diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan bagi pesakit serta ahli keluarga mereka.

“Berat ujian negara kita kali ini, semoga Allah beri kekuatan buat doktor, jururawat, petugas hadapan dan semua petugas Kementerian Kesihatan (KKM). Allah beri sembuh pada yang sakit, semoga Allah mudahkan segala urusan pesakit dan keluarga menangis mendengar kisah-kisah di Hospital.

“Terima kasih Polis Diraja Malaysia membantu memudahkan kerja misi bantuan ini, terima kasih Team ATMS membantu tadi, terima kasih semua kru PKUM di Sungai Petani, terima kasih KKM dan semua pihak yang membantu.

“InsyaAllah kita akan cuba bantu dari semasa ke semasa, pesakit dan yang meninggal dunia bukan orang lain, keluarga kami juga. Sama-sama kita membantu dan mendoakan,” jelasnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI