fbpx

Dicekup ketika leka bungkus dadah di kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah kebun getah Felda Lui Selatan 2, di sini, petang semalam. – IHSAN POLIS

JEMPOL – Dua penoreh getah dipercayai tokan dan “runner” berjaya ditangkap polis dalam satu serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah di sebuah kebun getah Felda Lui Selatan 2, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, serbuan pada pukul 4.05 petang itu adalah hasil daripada maklumat yang diterima pihaknya terdapat aktiviti berkaitan dadah di lokasi berkenaan.

Menurutnya, ketika serbuan dibuat kedua-dua lelaki berusia 35 tahun yang bertindak sebagai “runner” dan tokan berusia 40 tahun itu sedang leka membungkus dadah di kebun getah berkenaan.

“Dalam serbuan berkenaan, polis telah menemui empat bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz berisi dadah berbahaya disyaki jenis Heroin seberat 22.50 gram.

“Selain itu, sepeket plastic lutsinar di dalamnya terdapat empat paket plastik lutsinar ketulan-ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 8.30 turut ditemui di lokasi serbuan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI