fbpx

Cuma 2,075 penjawat awam potong gaji untuk wakaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki ketika menyampaikan ucap tama program webinar Waqf Breakfast Talk bertajuk Penjawat Awam Pemangkin Kemakmuran Wakaf secara maya hari ini.

PUTRAJAYA – Hanya 2,075 penjawat awam di seluruh negara yang aktif membuat potongan gaji secara bulanan setakat ini bagi tujuan berwakaf melalui program Wakaf Tunai Malaysia.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, jumlah itu adalah rendah iaitu 0.13 peratus sahaja daripada keseluruhan lebih 1.6 juta penjawat awam yang ada pada ketika ini.

“Saya difahamkan sehingga 25 Julai lalu, cuma 6,616 penjawat awam yang sudah berwakaf. Maka, saya berharap lebih ramai terlibat sama dalam ibadah wakaf secara tunai ini,” katanya ketika menyampaikan ucap tama program webinar Waqf Breakfast Talk bertajuk Penjawat Awam Pemangkin Kemakmuran Wakaf secara maya hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zuki berkata, program Wakaf Tunai Malaysia memberi kemudahan kepada masyarakat melakukan ibadah itu tanpa perlu ada harta seperti tanah atau bangunan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI