fbpx

Bungkus air ketum macam nasi lemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian air ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah kedai makan di Bagan Dalam di Butterworth hari ini

SEBERANG PERAI – Tindakan seorang peniaga air ketum membungkus minuman itu dengan pembalut nasi lemak bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas polis melakukan pemeriksaan di sebuah kedai makan di Bagan Dalam, Butterworth di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 tengah hari itu, polis menahan seorang peniaga lelaki berusia 44 tahun dan pekerja lelakinya berusia 23 tahun untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, berkata serbuan itu dibuat susulan tertangkapnya seorang lelaki berusia 41 tahun di hadapan sebuah flat di Bagan Dalam kira-kira pukul 11.50 pagi.

Beliau berkata, pada operasi pertama, pemeriksaan pihaknya menemui satu tong sampah berwarna hitam yang didalamnya mengandungi 10 bungkusan plastik lutsinar berikat getah dipercayai air ketum.

“Hasil siasatan lanjut ke atas lelaki berkenaan membawa polis kepada serbuan di sebuah kedai nasi lemak di kawasan itu dan menahan peniaga serta seorang pekerjanya.

“Polis turut menemui tiga bungkusan kertas (pembalut makanan) dan apabila dibuka terdapat bungkusan plastik lutsinar berikat getah disyaki air ketum,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, pemeriksaan lanjut polis di bahagian dapur kedai itu menemui dua tong berwarna oren mengandungi 205 bungkus plastik lutsinar berikat getah didalamnya dipercayai mengandungi air ketum.

“Selain itu, polis turut menjumpai satu periuk didalamnya mengandungi daun ketum serta peralatan memasak air ketum antaranya dapur gas, tong gas, penapis air dan sudip kayu,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI