PASUKAN Belanda menamatkan dominasi Great Britain dalam acara pecut berpasukan lelaki apabila memenangi emas selain turut mencatatkan rekod baharu sukan Olimpik di Velodrome Izu hari ini.
Pasukan Belanda yang dibarisi Jeffrey Hoogland, Roy van den Berg dan Harrie Lavreysen mencatatkan masa 41.369 saat
Great Britain merupakan pasukan pilihan setelah memenangi acara berkenaan pada tiga temasya sukan Olimpik sebelum ini menamatkan saingan dengan catatan 44.589 saat untuk meraih pingat perak.
Pasukan Percanis pula mudah menewaskan pasukan Australia untuk memperoleh pingat gangsa bagi acara tersebut. – AGENSI