fbpx

Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 didakwa buat hantaran jelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Sarajun Hoda dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Taiping hari ini setelah selesai prosiding pendakwaan membuat hantaran komunikasi jelik April lalu.

TAIPING – Seorang aktivis politik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik menerusi akaun Facebook miliknya April lalu.

Tertuduh, Sarajun Hoda Abdul Hassan, 65, bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Dia yang juga bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu dilakukan melalui Facebook dengan menggunakan laman profil ‘Sarajun Hoda’ pada pautan https://www.facebook.com/sarajun.hassan pada pukul 9 pagi hingga 12.52 tengahari 26 April 2021.

Pautan itu kemudiannya dibaca pada pukul 9 pagi di Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar pada 27 April 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM50,000, penjara atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mahkamah turut menetapkan 7 Oktober ini untuk sebutan semula kes.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI