fbpx

Bayi 8 bulan meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran PQ Community menerusi media sosial Facebook baru-baru ini.

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa sedih dan simpati selepas seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 baru-baru ini.

Berita sedih tersebut dikongsi PQ Community di media sosial Facebook menerusi sekeping gambar yang diambil di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya.

“Sayunya kes ni, mangsa merupakan bayi berumur 8 bulan. Ibunya pula sedang bertarung nyawa di ICU.

“Ada yang sampai hati pandemik dikatakan plandemik. Tak kena dekat batang hidung korang boleh lah. Cuba kena dekat batang hidung korang,” katanya di sini hari ini.

PQ Community turut memohon orang ramai mendoakan mereka yang menghidapi virus Covid-19 untuk kembali sembuh.

“Doakan mereka yang telah menjadi mangsa. Doakan petugas yang terlibat dalam mengatasi pandemik. Semoga Tuhan merahmati kita,” jelasnya.

Salah seorang pengguna Facebook Fiza Siti Nurhafiza berkata, dia dan anaknya yang berusia dua bulan baru sahaja sembuh dari Covid-19 dan mendoakan agar ahli keluarga mangsa kembali sembuh.

“Semoga ibu baby kuat semangat untuk sembuh.. sy dan anak pagi td potong gelang positif covid.. anak umur 2 bulan..
“Kami positif 7 daripada 8 orang yang duduk serumah termasuk seorang lagi bayi 3 bulan.. Wallahualam daripada mana kami menjangkiti tp bukan drpd contact rapat,” jelasnya.

Sementara itu, Fazlina Fauzan turut mendoakan keluarga mangsa kembali sembuh dan tabah menghadapi dugaan.

“Salam takziah utk keluarganya. Anak syurga. Semoga ibunya cepat sembuh,” ujarnya.

Hantaran tersebut telah dikongsi lebih 280 kali dan mendapat kira-kira 1,800 reaksi di Facebook. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI