SIK- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri berjaya menangkap seekor gajah liar yang dilaporkan kerap masuk dan memusnahkan tanaman di Kampung Kubang Belantik di sini sejak lebih sebulan lalu.
Pengarahnya, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, gajah jantan seberat kira-kira dua tan yang digelar Awang Belantik itu ditangkap di kawasan kebun getah terletak di belakang rumah penduduk kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Katanya, gajah tersebut dianggarkan berusia antara 18 hingga 20 tahun.
“Sebelum ini, memang pihak kami ada menerima aduan daripada penduduk mengenai kehadiran gajah itu yang sering merosakkan tanaman.
“Operasi menjejak dan menangkap haiwan itu disempurnakan oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kedah yang mengambil masa kira-kira dua jam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929