fbpx

Alaya F gemar makanan tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALAYA F

BIARPUN mengamalkan gaya hidup moden, pelakon muda, Alaya F mengakui sangat menggemari aneka juadah yang dijual di pinggir-pinggir jalan kerana menganggap makanan sebegitu lebih lazat.

Ketika menjalani penggambaran sebuah filem di bandar Chandigarh yang terletak di wilayah antara Punjab dengan Haryana, Alaya sengaja memperuntukkan masa seharian untuk ‘memburu’ makanan pinggir jalan yang terdapat di situ.

“Ketika berada di bandar Chandigarh, saya telah meminta kepada pengarah untuk memberikan saya rehat sehari untuk keluar mencari makanan yang lazat di sana.

“Saya sangat teruja untuk mencari makanan jalanan yang sedap seperti chole kulche, gol gappe, lassi dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Difahamkan pelakon itu berada di Chandigarh untuk menjalani penggambaran sebuah filem adaptasi semula daripada filem Tamil, U Turn yang turut menampilkan pelakon, Shraddha Srinath.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI