JAKARTA – Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki di Indonesia hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasih dengan sahabatnya sendiri mengundang simpati netizen, lapor Suara.com, semalam.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @berita_gosip, lelaki itu dilihat berdiri di hadapan pasangan pengantin sambil mengucapkan tahniah.
Menurut keterangan video, pengantin perempuan rupanya pernah bercinta dengan lelaki itu selama tujuh tahun.
“Tujuh tahun bercinta, akhirnya kekasih berkahwin dengan sahabat sendiri.
“Rupanya saya bukan menjaga jodoh sendiri tetapi menjadi penjaga jodoh sahabat,” tulis kenyataan di status berkenaan.
Meskipun percintaan mereka gagal, hubungan lelaki itu dengan pengantin perempuan kelihatan baik apabila wanita itu dilihat bersalaman sambil mencium tangan bekas kekasihnya.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memuji kekentalan hati lelaki itu menyaksikan bekas kekasih berkahwin dengan sahabat sendiri.
“Ini satu bebanan kerana ia akan diingati seumur hidup lelaki itu,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi