fbpx

215 individu dikompaun, 60 premis diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PUTRAJAYA – Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 215 individu ditahan dengan kesemua mereka dikenakan kompaun hasil 82,244 pemeriksaan Task Force Operasi Pematuhan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 60 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan juga diarahkan tutup kerana didapati masih ingkar SOP.

“Pasukan tersebut melakukan pemeriksaan ke atas 1,847 kilang, 13,919 premis perniagaan, 1,049 tapak pembinaan dan 318 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seramai 28 pendatang tanpa izin turut ditahan dan tiga buah kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI