IPOH – Seramai 1,116 anggota tentera telah diberikan suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) di Kem Syed Putra di sini.
Mereka termasuk dua ahli keluarga tentera dan tiga orang awam.
Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd), Brigadier Jeneral Mohd. Azmurin Mat Khalib berkata,
proses vaksinasi tersebut telah diadakan pada 26 hingga 28 Julai lalu.
Menurut beliau, seramai 55 anggota pelbagai kor terbabit dalam penugasan itu yang terdiri daripada Kor Kesihatan DiRaja dan Kor Polis Tentera Diraja serta petugas tambahan daripada 2 RRD.
“Penerima keseluruhannya adalah anggota dan keluarga 2 Bgd selain terdapat juga anggota briged dan pasukan lain di Perak yang tidak dibenarkan balik untuk rentas negeri ke negeri tempat bertugas.
“Program vaksinasi dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut tatacara yang sewajarnya serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan,” ujarnya kepada Kosmo!.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929