fbpx

Wanita rugi RM 10,049 terperdaya tawaran kerja palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang wanita berputih mata apabila rugi sebanyak RM10,049 selepas terpedaya dengan tawaran kerja palsu di media sosial Facebook, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa berusia 33 tahun itu telah melihat tawaran kerja berkenaan di page Jobs Hiring World dan Page Job Seek kira-kira pukul 12 tengah hari.

Aibee Ab. Ghani

Menurutnya, mangsa yang berminat dengan tawaran berkenaan telah menghantar pesanan secara whatsApp di nombor talefon 0107164780 dan 01124131813 memandangkan hanya perlu mempromosikan barang dari Shopee.

“Mangsa telah diminta mengisi maklumat peribadi termasuk akaun bank bagi pembayaran gaji atau komisyen. Setelah mengisi data peribadi berkenaan, penerangan dan link shopee diberikan.

“Kira-kira pukul 2.39 petang untuk jualan produk pertama, mangsa telah memindahkan wang ke dalam akaun Maybank2u sebanyak RM32 ke dalam akaun diberikan dan kurang 10 minit, mangsa telah menerima bayaran berserta komisyen dalam akaunnya sebanyak RM35.20,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Aibee berkata, pada pukul 2.54 petang, mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM149 ke dalam akaun yang sama bagi transaksi kedua dan mendapat semula wang beserta komisyen sebanyak RM163.09.

Menurutnya, bagi transaksi berikutnya kira-kira pukul 3.16 petang, mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM1,750 ke dalam akaun lain pula dan dimaklumkan perlu menambah jualan sebanyak dua produk lagi bagi mendapatkan pulangan wang.

“Mangsa menuruti arahan berkenaan dan melakukan dua lagi transaksi pembayaran dengan setiap satunya bernilai RM1,750. Selepas tiga transaksi berkenaan, mangsa diarahkan untuk membat pembayaran RM4,799 bagi menjual satu lagi produk baharu bagi mendapatkan pemulangan wang.

“Pada pukul 3.58 petang, mangsa telah membuat pemindahan wang dan dimaklumkan terdapat masalah pada sistem. Mangsa juga dimaklumkan jumlah wang yang dimasukkan adalah salah dan pulangan modal tidak dapat diberikan.

Menurutnya, mangsa yang sedar tertipu meminta pulangan wang berkenaan tanpa komisyen serta tidak mahu meneruskan kerja sambilan berkenaan lagi.

“Bagaimanapun, mangsa telah diminta untuk memindahkan wang sebanyak RM7,899 bagi mendapatkan kesemua wangnya kembali,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI