fbpx

Video aib tular, Shuk Sahar, isteri buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK dan Sera akan mendakwa individu dipercayai seorang wanita yang menyebarkan video aibnya.

PETALING JAYA –  Nama pelawak terkenal, Shuk Sahar kembali bergelegak apabila sepotong video yang didakwa menyerupai sosoknya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik hotel tersebar dipercayai didedahkan bekas kekasihnya.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, bagaimanapun menafikan bahawa video tersebut adalah video yang baharu dirakamkan.

Perkara tersebut diluahkan Shuk dalam sebuah video perbualan bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dalam InstaStory.

“Okay itu video baru atau lama?” soal Sera.

“Takkan video baru. Kitakan sedang keluar berdua. Lagi pun badan saya tengah gemuk sekarang ini,” jawab Shuk ringkas.

Dalam satu hantaran berbeza, Shuk menyifatkan pendedahan berani wanita sebagai salah satu bentuk promosi diri untuk mencari pendapatan selepas kehilangan mata pencarian.

“Nak buat macam mana, tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib.

“Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai polislah cerita,” ujar Shuk yang telah membuat satu laporan polis bersama isterinya malam tadi.

Perkara sama turut dikongsikan Sera menerusi hantaran dalam InstaStorynya dengan memberitahu, dia bersama Shuk akan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

“Seperti yang mungkin sudah diketahui semua. Sekarang ini tersebar banyak cerita yang tidak enak dan tohmahan sehingga mengancamkan keselamatan suami dan keluarga saya.

“Bagi saya tindakan ini keterlaluan dan kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Saya tidak mahu komen apa-apa, biar peguam dan pihak berkuasa yang siasat perkara inbi,” ujarnya tegas.

Dalam InstaStory sama, Sera turut berkongsi penjelasan bersama peguamnya, Haziq Subhi.

“Kami dalam proses penelitian. Saya percaya anak guam saya (Shuk dan Sera) telah dianiaya dan terdapat elemen unsur fitnah,” katanya.

Sekadar informasi, pada Julai tahun lalu, tular dalam media sosial mengenai pergolakan rumah tangga Shuk apabila isterinya membuat pendedahan terbuka dalam Instagram.

Bagaimanapun, saat kecurangan Shuk terbongkar, Rossa sendiri dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita terbabit.

Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.

Namun, pada Januari lalu rumah tangga Shuk yang ketika itu bertugas sebagai penyampai radio HotFM itu kembali bergolak selepas dia sekali lagi ditangkap curang oleh Rossa.

Hubungan pasangan itu kembali jernih selepas Shuk mengakui kesilapan dirinya selepas didakwa curang dengan seorang wanita.

Difahamkan, wanita yang sedang menjalin hubungan Shuk itu pernah terlibat dalam kontroversi dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun. Akibat kontroversi rumah tangga yang dianggap mencemarkan imej karier, Shuk menerima padah apabila dipecat daripada terus menjadi penyampai Hot FM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI