fbpx

‘Melayang’ RM7,000 akibat tersilap satu angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran lelaki itu di Instagramnya.

PETALING JAYA – Gara-gara tersilap satu angka ketika memasukkan nombor akaun bank, seorang lelaki mengalami kerugian RM7, 000.

Lelaki tersebut yang menggunakan akaun Instagram @HairilAshraf merayu orang ramai supaya menularkan kejadian itu dan berharap wangnya dikembalikan.

Difahamkan, seorang individu bernama Mohamad Faroq menerima wang tersebut akibat kesilapan pemiliknya ketika melakukan pemindahan wang.

“Assalamualaikum, aku merayu sangat-sangat kepada sesiapa yang terbaca tolong la repost. Aku tak tahu nak balas jasa macam mana.

“Tapi sejujurnya dengan klik butang kongsi ia dapat selamatkan kehidupan aku. Aku merayu wahai sahabatku,” tulisnya di Instagram hari ini.

Lelaki tersebut turut berkongsi tangkap layar resit bank sebagai bukti

Orang ramai turut menyifatkan kesalahan yang dilakukan lelaki terbabit telah menguntungkan orang lain yang tidak bertanggungjawab.

“Harapnya Faroq dapat serahkan balik wang bukan milik dia, (amaun) RM7, 000 bukan sedikit dalam keadaan sekarang, aku faham perasan kau,” jelas haziminHaziq. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI