fbpx

Program ladang kontrak atasi lambakan hasil pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (tengah) turun padang untuk membantu menyelesaikan masalah lambakan timun yang diusahakan oleh dua beradik di Kampung Pulai, Chicha Tinggi, Pasir Mas hari ini. FOTO : YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Program ladang kontrak dilihat mampu menyelesaikan masalah lambakan hasil pertanian yang tidak dapat dijual sehingga mengakibatkan petani di negara ini menanggung kerugian besar.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, melalui program itu, Lembaga Pertanian Pemasaran Persekutuan (FAMA) selaku pengendali telah menyediakan harga lantai untuk membeli segala hasil pertanian peserta.

“Semua pemain industri agro makanan dinasihatkan supaya menjalinkan kerjasama dengan agensi di bawah kementerian mengenai pertanian yang diusahakan mereka sejak peringkat awal.

“Hal ini bagi memastikan isu lambakan hasil tidak berlaku kerana kita akan berusaha bantu mereka memasarkan hasil pertanian,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kebun timun diusahakan dua beradik di Kampung Pulai, Chicha Tinggi di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI