fbpx

Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bermesyuarat hari ini mengumumkan tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah persekutuan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa pada 4 Ogos ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, , peralihan ke Fasa 3 adalah berdasarkan prestasi yang amat baik ditunjukkan ketiga-tiga negeri berkenaan dalam mencapai nilai ambang bagi setiap indikator yang ditetapkan dalam PPN.

“Alhamdulillah, sukacita ingin saya umumkan bahawa tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook rasminya sebentar tadi.

Beliau juga berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara, lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya.

“Kita harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat,” katanya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI