fbpx

Perlis berjaya masuk Fasa Ketiga PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat MKN pada hari ini meluluskan pergerakan Perlis ke Fasa Ketiga PPN.

KANGAR – Perlis bakal memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas cadangan berhubung perkara itu diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, pergerakan ke fasa tiga tersebut membolehkan lebih banyak aktiviti harian dilakukan dan operasi perniagaan tertentu dibenarkan beroperasi semula.

“Salah satunya ialah kebenaran untuk makan di restoran, kedai atau gerai makan, bagaimanapun ada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun meminta rakyat negeri ini menunggu pengumuman rasmi daripada pihak MKN mengenai perkara tersebut termasuk perincian SOP yang akan diguna pakai semasa fasa tiga.

“Tetapi jangan lupa satu perkara iaitu setiap daripada kita hendaklah mematuhi SOP dengan penuh disiplin pada setiap masa,” ujarnya.

Perlis telah mencapai kadar vaksinasi 43.5 peratus yang mana nilai ambang ditetapkan kerajaan untuk beralih ke Fasa Ketiga PPN ialah 40 peratus. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI