fbpx

Perak FC yakin dapat elak zon penyingkiran Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK gagal menyaingi kehebatan JDT pada aksi kelmarin ketika tunduk 0-5 pada aksi Liga Super.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

 

KETUA  jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt yakin mampu membantu pasukan bimbingannya untuk keluar daripada zon penyingkiran seterusnya kekal untuk bersaing dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.

Katanya, biarpun kini The Bos Gaurus menduduki tangga kedua tercorot liga selepas mengutip 13 mata daripada 16 perlawanan, itu tidak menggugat keyakinannya untuk mengubah kedudukan pasukan untuk berada zon yang lebih selamat pada penghujung musim ini.

Malah, pengendali kelahiran Ipoh, Perak itu yakin untuk memenangi semua baki enam perlawanan termasuk pertemuan menentang Selangor FC, Kedah Darul Aman FC dan Pulau Pinang FC.

“Bagi baki enam perlawanan selepas ini, kami perlu menang semua pertemuan untuk meletakan kami di zon yang selamat. Ini bukanlah tugas yang mudah, jadi kami perlu bermain bermati-matian dan menganggap setiap perlawanan itu seperti aksi final.

“Ini sahaja cara buat Perak dalam usaha untuk terus kekal berada di Liga Super. Kami tidak boleh mengharapkan keputusan perlawanan lain semata-mata untuk memberi kelebihan buat Perak.

“Saya yakin Perak tidak akan tersingkir ke Liga Perdana musim depan. Walaupun pasukan kini diperkuatkan dengan pemain muda, ia tidak menjadi masalah walaupun suasana sudah berubah kerana mereka juga dahagakan kemenangan seperti pemain lain,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, The Bos Gaurus tewaskan dengan margin jaringan yang besar seakan pasukan tidak terdaya menahan asakan pasukan tuan rumah.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Yee Fatt berkata, keputusan perlawanan itu tidak seharusnya menjadi ukuran prestasi semasa Perak kerana pasukan bimbangannya gagal mempamerkan aksi sebenar mereka.

Jelasnya, dia terpaksa mengambil pemain daripada Perak FC 2 untuk menguatkan pasukan kerana mereka kekurangan pamain di beberapa posisi bagi menampung keperluan pasukan menempuh jadual liga yang padat.

“Pada perlawanan itu, kami terlalu menghormati pasukan lawan dan mengagungkan kehebatan mereka. Jadi, pemain mula hilang tumpuan dan gagalkan mengekalkan konsistensi yang dipersembahkan dalam perlawanan terdahulu.

“Jadi, tidak wajar aksi tersebut menjadi kemampuan pemain Bos Gaurus. Keputusan perlawanan itu juga tidak menggambarkan karekter sebenar pemain, kebanyakan pemain juga kecewa dengan diri mereka sendiri,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI