fbpx

Pengerusi koperasi disyaki salah guna kuasa ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pengerusi sebuah koperasi ditahan reman selama tujuh hari sehingga 8 Ogos ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa pada tiga tahun lalu.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa pada hari ini.

Sumber berkata, suspek berusia 60 tahun disyaki menyalahguna kedudukannya sebagai pengerusi sebuah koperasi di negeri ini.

Tambah beliau, lelaki itu dikatakan telah melantik anaknya sendiri untuk memegang jawatan pengurus sebuah anak syarikat milik penuh koperasi tersebut.

“Perbuatan itu dipercayai berlaku pada tahun 2018.

“Dia ditahan sebaik tampil untuk memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di sini pada pukul 3.50 petang semalam,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI