fbpx

Penerjun Great Britain curi tumpuan pandai mengait

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerjun Great Britain curi tumpuan pandai mengait

PETALING JAYA – Ketika mata peminat sukan terjun tempatan menonton perlawan pusingan akhir terjun papan anjal 3 meter membabitkan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri di Olimpik Tokyo semalam pastinya tertonton perkara yang menghiburkan.

Perkara tersebut pastinya adalah melihat gelagat seorang lelaki yang menjadi penonton di dalam stadium tersebut yang memakai baju atlet Great Britain sedang mengait pakaian.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah lelaki tersebut, sebenarnya dia ialah bintang terjun lelaki dari Great Britain, Tom Daley.

Terkenal dengan kemahiran mengait, Daley yang memenangi pingat emas 10 meter platform seirama bersama Matty Lee, Isnin lalu, hadir di Pusat Akuatik Tokyo bagi menyaksikan acara papan anjal wanita biarpun tiada penerjun Great Britain beraksi pada saingan akhir.

Dia dilihat tekun mengait ketika berada di tempat duduk penonton bersama rakan-rakan sepasukan dan pegawai, sambil sesekali matanya melihat ke arah kolam renang.

Rata-rata orang ramai memperkatakan tentang apa yang dilakukan oleh atlet kebangsaan Great Britain itu dan ramai yang memuji dia mampu untuk melakukan kerja kaum wanita.

“Aku baru tahu, dia memang suka knitting. Katanya dia akan bagi kepada rakan-rakan dia yang menang pingat dalam Olimpik ni,” jelas @FezuraJusof.

“Cute la, bukan katakan lelaki, orang perempuan pun belum tentu boleh mengait macam dia, dah la juara Olimpik pandai mengait baju pula tu. Tahniah,” ujar Wan Hanzalah Mohd Nor. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI