fbpx

Mina cuba bunuh diri lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINA

KONTROVERSI tidak berkesudahan yang melanda penyanyi Mina barangkali menjadi punca tindakan tidak rasionalnya. Baru-baru ini, Mina sekali lagi mengejutkan ramai apabila dikatakan sekali lagi membuat percubaan untuk mencabut nyawa sendiri.

Akibatnya, dia dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan teruk. Insiden tersebut berlaku pada 29 Julai lalu.

Dalam satu laporan media Korea Selatan, bekas anggota kumpulan AOA itu ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang kenalan di kediamannya selepas dia gagal dihubungi.

Ekoran perkhabaran terbaharu tersebut, netizen kembali menyuarakan kebimbangan terhadap status kesihatan mental penyanyi itu sekali gus mencadangkan Mina mendapatkan rawatan pakar.

“Dia benar-benar memerlukan bantuan dan perlu elak membaca komen negatif dalam media sosial,” kata seorang netizen.

Mina sebelum ini terlibat dalam beberapa siri kontroversi apabila mendedahkan dirinya sebagai mangsa ahli kumpulan sendiri sepanjang 10 tahun bersama AOA.

Selain kisah kecurangan bekas kekasihnya, Mina turut dikecam dan dilabelkan sebagai artis yang lapar perhatian gara-gara gagal menunaikan janji untuk menutup media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI