fbpx

Lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau masih tidak serik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diberkas bersama beberapa peralatan yang digunakan untuk kegiatan itu, semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang memiliki 20 rekod jenayah lampau diberkas polis lagi selepas memecah masuk sebuah kedai serbaneka di kawasan Sri Petaling, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, laporan kejadian telah dibuat seorang pekerja wanita berusia 29 tahun kira-kira pukul 1.55 petang pada hari yang sama.

“Pekerja itu menyedari kedai berkenaan dipecah masuk selepas mendapati pintu grill di bahagian belakang kedai telah dirosakkan dan barangan dalam kedai juga berselerak sebaik mahu membuka kedai tersebut sekitar pukul 8 pagi.

“Hasil analisa daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, polis telah melakukan serbuan di sebuah bilik di Jalan Radin Anum 2, Sri Petaling dan berjaya memberkas lelaki tempatan berusia 38 tahun,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis turut merampas pakaian dan peralatan yang digunakan suspek ketika memecah masuk kedai berkenaan.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 20 rekod kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, antaranya kes mencederakan manusia, pecah rumah, curi/ragut dan kes curi dalam bangunan.

“Suspek telah dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur untuk permohonan tahanan reman di
bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan dibenarkan reman selama tiga hari, bermula hari ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI