fbpx

Keputusan pemberian ‘booster’ diputuskan Jumaat ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Syukur ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bukit Mertajam, baru-baru ini. GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Cadangan pelaksanaan pemberian dos penggalak vaksin atau booster akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam mesyuarat Jumaat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setakat ini belum ada sebarang keputusan berhubung pelaksanaan dos penggalak atau dos ketiga bagi penerima vaksin Covid-19 di negara ini.

“Kumpulan kerja teknikal dijangka membentangkan pelaksanaan dos penggalak ini kepada JKJAV dalam mesyuarat Jumaat ini.

“Kita akan buat keputusan mengenainya selepas mesyuarat itu nanti,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya juga belum memutuskan apa-apa keputusan mengenai pelaksanaan kaedah ‘mix and match’ vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca bagi melengkapkan dua dos pelalian.

“Perkara itu juga perlu dibentangkan untuk diputuskan pada mesyuarat JKJAV dan cadangan mengenainya juga akan dikemukakan oleh kumpulan kerja teknikal,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI