fbpx

Ini suara betul-betul padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang ibu berduet bersama anak lelakinya tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – “Ini orang panggil terlalu padu, usia bukan penghalang. Tua-tua masih berbisa,” jelas Izwan Ez di laman Facebook hari ini.

Rata-rata orang ramai teruja apabila menyaksikan satu video tular di laman sosial ketika ini mengenai pasangan ibu dan anak lelaki berduet bersama.

Pasangan tersebut menyanyikan lagu terkenal dari sebuah kumpulan di negara jiran, Cassandra menerusi lagu berjudul Cinta Terbaik.

Kemesraan dua beranak yang dikatakan dari Sabah itu juga menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial.

“Dengki pula tengok kemesraan mereka berdua, kalau aku ni mahu kena marah kalau ajak emak nyanyi bersama,” jelas Ijam92.

“Suara ini bukan biasa-biasa, Ziana Zain pun senyap kalau dengar ni. Suara dia macam orang muda.

“Dia layankan je anak dia nyanyi, terbaik semoga hidup kalian berdua diberkati,” ujar Azamli_fauzi. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI