fbpx

Ibu Amy Search meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMY bersama ibunya, Fatimah ketika hayat masih ada.

PETALING JAYA – Ibu kepada penyanyi rock tanah air, Amy Search iaitu Hajjah Fatimah Idris meninggal dunia akibat sakit tua malam tadi. 

Berita mendukacitakan itu dikhabarkan Amy atau nama lengkapnya, Suhaimi  Abdul Rahman menerusi satu hantaran status dalam Instagram. 

“Doakan Ibu saya, Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (pukul 10.45 malam tadi). 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun di kediaman anak saudaranya, di Kuala Lumpur.

Jenazah dimandikan pagi ini di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor. 

Sebelum ini, Allahyarham pernah menetap bersama Amy di ibu Kota dan kerap dikunjungi cucunya yang juga seorang pelakon, Nabila Huda sebelum kembali ke kampung di Johor Bahru. 

Sejak itu, Amy kerap pulang untuk menziarahi ibunya namun terbatas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI