fbpx

Harga runcit maksimum minyak masak botol 5kg  RM29.70 mula berkuat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUAT KUASA KPDNHEP membuat pemantauan harga susulan penetapan harga baharu minyak masak botol di seluruh negara. - GAMBAR IHSAN KPDNHEP

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mula menetapkan had harga runcit maksimum bagi produk minyak masak sawit tulen dalam botol berkuat kuasa semalam dengan kuantiti lima kilogram (kg) ditetapkan paling tinggi ialah RM29.70.

Pengarah Penguat Kuasa kementerian itu, Azman Adam berkata, bagi produk botol satu kg ditetapkan RM6.70, manakala dua kg RM12.70 dan tiga kg pula ialah RM18.70.

“Pemantauan dan pemeriksaan pematuhan ke atas peniaga mula digerakkan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, penetapan langkah itu juga tertakluk di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum bagi Minyak Masak) 2021.

Menurutnya, pelaksanaan harga maksimum itu turut dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai agensi, pihak industri dan trend harga produk berkenaan di pasaran domestik. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI