fbpx

Halo Matahari tarik perhatian orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena Halo Matahari dari Klebang, Melaka Foto NUR DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

PETALING JAYA – Satu fenomena Halo Matahari berlaku sejak tengahari di mana bayangan pelangi seakan gegelung cincin dapat dilihat terbentuk dan mengelilingi matahari.

Kejadian itu dapat dilihat dihampir ke semua negeri di Semenanjung Malaysia selepas ia diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus.

Fenomena optik ini berlaku disebabkan cahaya Matahari melalui hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat pada awan Sirus.

Apabila melalui hablur ais tersebut, cahaya akan terbias pada suatu sudut dan akan muncul suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati ramai yang berkongsi rakaman fenomena itu yang dapat dilihat di tempat mereka seperti di beberapa kawasan di negeri Melaka serta di Segamat Johor.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI