fbpx

Datuk didakwa lakukan amang seksual kepada dua cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua orang cucu kandungnya, tahun lalu. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua orang cucu kandungnya, tahun lalu.

Warga emas berusia 62 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md. Razali.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh yang merupakan seorang peneroka telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 10 dan lapan tahun dengan cara mencabul.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bahau lebih kurang pukul 11 malam antara bulan Ogos hingga September 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan – Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Harun manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Intan Athirrah Md Pazir. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI