fbpx

Belum masa sesuai beralih ke Fasa Kedua PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DERETAN premis dan kedai bukan perkhidmatan perlu ditutup ekoran tidak dibenarkan beroperasi semasa Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). - AMIR KHALID

PETALING JAYA – Kadar vaksinasi sehingga 50 peratus di Lembah Klang harus dicapai terlebih dahulu sekiranya kerajaan berhasrat membuka lebih banyak sektor di negara ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, dengan belasan ribu kes positif Covid-19 dicatatkan setiap hari, ia merupakan petunjuk jelas bahawa negara masih belum bersedia untuk memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya tak setuju kita masuk Fasa Kedua PPN kerana kes di Selangor atau Lembah Klang khususnya masih lagi tinggi.

“Kadar kematian juga menca­tatkan angka yang tinggi, selain kes di unit rawatan rapi (ICU) pada kadar 1,055 kes setakat 30 Julai lalu,” katanya.

Dr. SHARIFA EZAT

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, seluruh negara dijangka beralih ke Fasa Kedua PPN awal bulan ini.

Mengulas lanjut, Sharifa Ezat berkata, jika kelonggaran diberi kepada individu yang selesai menerima dua dos vaksin Covid-19 sekali pun, ia tidak mengubah hakikat bahawa pergerakan mereka masih lagi terbatas .

Katanya, walaupun vaksin sedia ada seperti Pfizer dan Sinovac dikatakan efektif terhadap varian Delta, ia tetap berbahaya dan masih boleh menjangkiti mereka yang telah divaksin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI