fbpx

Bekas pengurus produksi didakwa sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zaki dituduh kerana menyebarkan berita palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, hari ini. FOTO- MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

KUALA KANGSAR -Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala di sini hari ini atas pertuduhan menyebar berita palsu kematian seorang anggota polis akibat suntikan vaksin Covid-19 April lalu.

Muhammad Zaki Omar, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Dia didakwa telah menggunakan aplikasi Facebook menerusi profil akaun Muhammad Zaki Omar dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam kira-kira pukul 11.39 malam 3 April lalu.

Muhammad Zaki telah menyebarkan berita tidak benar iaitu ‘Akhirnya di Gerik hari ini diperakui satu kematian berlaku melibatkan anggota polis. Komplikasi suntikan vaksin dos ke-2. Semoga kebajikan ahli keluarga arwah terjaga. #500k’ yang telah dibaca pada 4 April kira-kira jam 9 pagi di pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Gerik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga 100,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fajrul Shihar Abu Samah dan Afiqa Liyana Rozman menawarkan jaminan sebanyak RM15,000.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI