fbpx

Ahli Parlimen Pembangkang berarak ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berarak dari Dataran Merdeka ke Bangunan Parlimen tadi.

PETALING JAYA – Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berarak dari Dataran Merdeka ke Bangunan Parlimen setelah mereka tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut ekoran penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat.

Antara yang dilihat menyertai perarakan itu termasuklah Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ahi Parlimen Port Dickson; Ahli Parlimen Iskandar Putera, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut menyertai perarakan tersebut ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu.

Penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat tersebut dibuat setelah mendapat nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ekoran penularan wabak Covid-19 di Bangunan Parlimen. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI