PUTRAJAYA – Sebanyak 96.7 peratus golongan dewasa di Lembah Klang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin sepanjang Operasi Lonjakan Kapasiti yang berakhir semalam.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, secara keseluruhan, sebanyak 37.5 peratus populasi dewasa di Lembah Klang lengkap menerima dua dos setakat semalam.
Beliau berkata, biarpun inisiatif itu tidak mencapai tahap 100 peratus seperti dikehendaki namun, ia akan cuba diselesaikan pada minggu ini.
“Saya difahamkan, baki tiga peratus golongan dewasa di Lembah Klang yang belum menerima vaksin adalah kerana ada dalam kalangan mereka membatalkan janji temu dan tidak hadir pada tarikh ditetapkan disebabkan pelbagai faktor.
“Mereka yang belum menerima vaksin boleh ‘walk-in’ di sembilan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan bermula hari ini dengan mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbiditi, manakala bagi berusia 18 tahun ke atas bermula 5 Ogos ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929