fbpx

8,856 PATI balik ke negara asal menerusi kaunter khas KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee (dua kanan) menunjukkan kemudahan kaunter tambahan Program Rekalibrasi Pulang PATI di KLIA hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Sejumlah 8,856 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah pulang ke negara masing-masing melalui kaunter khas Program Rekalibrasi Pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Angka tersebut adalah dari 5 Julai hingga 31 Julai lalu dengan hanya melibatkan kaunter khas di lapangan terbang antarabangsa itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya akan memulakan operasi lapan kaunter di KLIA2 pada hari Khamis ini sebagai tambahan kepada 20 kaunter sedia ada di KLIA berikutan sambutan menggalakkan yang diterima.

Beliau berkata, pelaksanaan kaunter khas itu juga akan dibuat di pintu antarabangsa lain dengan menyaksikan pembukaan kaunter di Pasir Gudang Johor dan Pelabuhan Klang, Selangor mulai 15 Ogos depan.

Menurutnya, kaunter khas juga telah beroperasi di Stulang Laut, Johor semalam dengan seramai 109 orang PATI telah dihantar pulang setakat ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI