fbpx

80 peratus penduduk Kedah terima dos lengkap vaksin hujung Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedah menyediakan kemudahan PPV yang lebih besar untuk mempercepatkan proses vaksinasi. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan negeri yakin 80 peratus penduduk Kedah yang layak akan menerima dos lengkap vaksin menjelang akhir bulan Oktober atau awal November depan bagi membina imuniti kelompok seterusnya menurunkan kes positif Covid-19.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada peningkatan bekalan vaksin yang diterima iaitu daripada 80,000 kepada 226,000 dos seminggu serta persiapan fasiliti bagi proses vaksinasi.

“Kita berharap program vaksinasi yang dipertingkatkan saban hari akan membina imuniti kelompok seterusnya menurunkan kes positif di Kedah.

“Imuniti kelompok itu secara tidak langsung mampu menyelesaikan kekurangan fasiliti rawatan di hospital-hospital yang dilaporkan pada ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya melalui Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) pada masa ini sedang mempersiapkan fasiliti yang lebih besar berikutan kejayaan memperoleh lebih banyak bekalan vaksin daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

“Salah satunya ialah membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi berskala mega di SP Sport Center yang berkapasiti 5,000 suntikan sehari dengan kerjasama PH Corp.

“Ia akan memulakan operasi pada Jumaat ini yang mana kerjasama ini menjadikan PPV mega ini sebagai PPV Integrasi terbesar di Kedah,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI