fbpx

Zverev ungguli emas acara tenis Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZVEREV meraih motivasi terbaik sebelum ke Terbuka AS apabila meraih emas di pentas Olimpik sebentar tadi. - AFP

PEMAIN No. 4 dunia, Alexander Zverev menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas Sukan Olimpik 2020 acara perseorangan lelaki selepas menewaskan wakil Rusia, Karen Khachanov di pentas final sebentar tadi.

Pada aksi di Pusat Tenis Ariake itu, Zverev yang menyingkirkan pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic di pentas separuh akhir berjaya meneruskan momentum dengan aksi dominan untuk merekodkan kemenangan straight set 6-3, 6-1 dalam tempoh 79 minit sahaja.

Kemenangan tersebut bakal memberi motivasi tambahan buat pemain berusia 24 tahun itu dalam usaha menamatkan penantian kejuaraan Grand Slam apabila Terbuka Amerika Syarikat (AS) bermula penghujung bulan ini.

Pemain tenis Sepanyol, Pablo Carreno Busta melengkapkan kedudukan podium dengan meraih pingat gangsa selepas menewaskan Djokovic pada penentuan tempat ketiga semalam.

Dalam perkembangan sama, pasangan beregu wanita Republik Czech yang diletakkan sebagai pilihan pertama, Barbora Krejcikova dan Katerina Siniakova berjaya meraih pingat emas selepas menewaskan wakil Switzerland, Belinda Bencic dan Viktorija Golubic sebentar tadi.

Krejcikova-Siniakova hanya memerlukan 85 minit untuk menafikan hasrat Bencic-Golubic untuk menang dengan keputusan straight set 7-5, 6-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI