fbpx

Tawar duit suruh orang berlagak jadi monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu melakukan cabaran tersebut dengan meniru aksi monyet dan kambing. – TikTok

JAKARTA – Seorang selebriti TikTok Indonesia dikecam netizen kerana menyuruh orang awam meniru aksi monyet dengan menawarkan wang tunai sebagai ganjaran, lapor Suara.com semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Iben M.A. berdiri di tepi sebuah jalan sambil memakai sekeping kertas yang dilekatkan pada bahagian hadapan bajunya. 

“Orang pertama yang boleh meniru aksi monyet selama 10 saat berpeluang mendapat wang berjumlah 300 ribu rupiah (RM87.60),” tulisnya pada kertas tersebut.

Tidak lama kemudian, kelihatan seorang lelaki berjalan ke arahnya sambil membaca tulisan tersebut lantas bersetuju untuk melakukan aksi itu.

Lelaki itu membuat gaya dan suara seperti monyet selama 10 saat lalu menerima wang tunai seperti yang dijanjikan.

Iben kemudiannya menawarkan hadiah tambahan kepada lelaki tersebut yang bernilai 100 ribu rupiah (RM29.20) sekiranya dia boleh meniru gaya kambing. 

Lelaki berkenaan lantas menyahut cabaran itu dan membongkok serta meniru gaya kambing sambil membuat bunyi haiwan itu.

Aksi lelaki itu disambut dengan deraian tawa Iben yang kemudiannya memberikan wang tambahan berjumlah 100 ribu (RM29.20) sambil menyuruhnya melihat ke arah kamera.

Video yang ditonton lebih tujuh juta kali itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang mengecam tindakan Iben yang disifatkan merendah-rendahkan orang lain.

“Cuba bayangkan jika yang melakukan aksi itu adalah bapa kamu yang berada dalam kesusahan dan sedang mencari wang untuk memberi makan kepada kamu,” komen seorang pengguna.

Iben bagaimanapun mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahawa itu merupakan sebuah cabaran dan bukannya paksaan.

“Ada yang namanya cabaran, memberi dan memaksa. Sila ambil perhatian bahawa ini adalah video cabaran dan bukannya memaksa,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI