PENAMPANG – Dua pasang seluar yang dipakai suspek ketika melarikan dari pusat kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) ditemui di Kampung Bambangan, Inanam hari ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, pakaian lokap berkenaan ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 10 pagi sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian berdasarkan laporan diterima untuk menjalankan siasatan lanjut.
“Semua suspek ini dipercayai sudah menukar pakaian mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk memastikan semua suspek dapat ditahan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, keempat-empat suspek yang disahkan positif Covid-19 dikesan melarikan diri dari ILMAN dalam kejadian pukul 3.30 pagi tadi.
Empat tahanan yang melarikan diri itu merupakan tiga warga asing dan seorang warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 27 tahun. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929